SINOPSIS:
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya Brunei Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.Namun kerajaan British menolak cadangan itu kerana singapura diiketepikan. Sementara itu Lee Kuan Yew iaitu ketua menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan pencantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew Ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, scenario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya, di persidangan wartawan-wartawan luar negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi. Singapura mencadangkan supaya Brunei,Sabah,Sarawak,dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.Pada 23 Julai 1961,jawatankuasa JPP Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM)ditubuhkan,memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menetang gagasan.Akhirnya,Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun atur memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.Kemudian,mereka menjalankan tugasnya iaitu,meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat perlembangan baru.Pada Ogos 1962,Jawatankuasa antara kerajaan(JAK)ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963 dan diterima dan diluluskan.Berdasarkan laporan ini,Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan pada 16 September 1963,Malaysia diisytiharkan.
PENYATAAN MASALAH:
1)Golongan belia di negara ini mempunyai masalah iaitu kurang pengetahuan akan sejarah negara.
2)Golongan belia mempunyai kurang pendedahan daripada golongan pengajar tentang sejarah pembentukan Malaysia.
3)Pelajar di Malaysia kurang kesedaran akan kepentingan sejarah.
OBJEKTIF KAJIAN:
1)Mengkaji sejarah pembentukan Malaysia serta cabaran yang dihadapi ketika pembentukan gagasan Malaysia.
2)Mengetahui tahap kesedaran masyarakat terhadap cabaran yang dihadapi oleh pimimpin pada masa dahulu untuk pembentukan gagasan Malaysia.
3)Mengkaji kebaikan dan keburukan pembentukan Malaysia.
PERSOALAN:
1)Kebijaksanaan para pemimpin dalam meyelesaikan pelbagai rintangan dalam membentuk sebuah negara yang maju dari segi pelbagai aspek.
2)Kepincangan yang dihadapi oleh para pemimpin dalam mewujudkan sebuah negara yang berdaulat.
3)Kesungguhan para pemimpin dalam meyatupadukan rakyat di bawah satu naugan.
4)Ketelusan para pemerintah dalam mengotakan janji demi menyenangkan kehidupan rakyat.
5)Reaksi rakyat dan para pemimpin dalam menerima gagasan Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN:
-Metodologi kajian ini dilakukan melalui tiga kaedah iaitu kaedah perpustakaan,kaedah lapangan dan analisis data.Metodologi kajian ini dilakukan untuk memastikan kesahihan maklumat kajian yang dikaji.
-Metodologi kajian yang pertama adalah melalui kaedah perpustakaan.Melalui kaedah ini,kami telah merujuk buku ilmiah,keratin akhbar,majalah dan melalui blog di media massa.kaedah ini amat berkesan bagi memastikan fakta yang dicari adalah benar.
-Selain itu,metodologi kajian melalui kaedah lapangan.Kaedah ini kami lakukan melalui soal selidik atau kajian kuantitatif kepada para siswa dan siswazah di Politeknik Nilai,Negeri Sembilan ini.Kajian ini dilakukan terhadap 30 responden bersamaan 15 soalan kajian yang telah diberi.
-Akhir sekali,metodologi kajian melalui kaedah menganalisis data kajian.Analisis data ini amat berguna bagi memastikan para siswa dan siswazah di Politeknik Nilai,Negeri Sembilan mengetahui sejarah pembentukan Malaysia.Melalui maklumat ini,kami dapat mengetahui berapa peratus para siswa dan siswazah yang bersetuju dan tidak bersetuju melalui maklumat yang telah kami beri.
KEPENTINGAN KAJIAN:
- Mampu melahirkan individu yang cinta akan negara dan mempunyai semangat patriotik.Hal ini demikian, kerana individu yang bersemangat patriotic akan menyumbang kepada negara. Contohnya, Dato Lee Chong Wei ialah jaguh badminton negara yang menaikkan nama baik negara ke tahap antarabangsa. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh semangat patriotik yang tinggi terhadap negara.
- Seterusnya, mendedahkan kepada masyarakat tentang sejarah Pembentukan Malaysia.Conttohnya, pada tahun 1963 Jun 16 Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan Gagasan Malaysia secara rasmi.Negeri-negeri seperti Sabah Sarawak Brunei dan Singapura telah bersetuju untuk membentuk gagasan Malaysia pada tahun tersebut.
- Selain itu, Negara juga mampu dapat faedah daripada kajian ini. Sekiranya, masyarakat terdedah dengan ilmu sejarah secukupnya masyarakat tersebut dapat membentuk negara yang maju pada masa akan datang.
- Akhir sekali, kerajaan dapat membentuk kabinet wakil rakyat yang lebih berintegriti dalam menyelesaikaan maslah negara. Contohnya, Pemberian Baucar Buku pada golongan belia telah membantu ramai belia yang sedang menyambung kajian mereka.
BATASAN KAJIAN:
Batasan kajian pembentukan Malaysia ini dilakukan di politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Batasan Kajian ini dilakukan di tiga jabatan yang berbeza iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM),Jabatan AgroBioindustri(JAB), dan Jabatan Pedagangan(JP).Populasi di Politeknkik Nilai ini seramai 2400 (100% responden.Dalam kajian ini seramai 30(1.25%)responden daripada 2400 (98.75%) diambil sebagai sampel kajian kami.Akhir Sekali, kesemua 30 responden adalah daripada semester 1. Soal selidik yang dijalankan terdiri daripada kelas DBT, DKM,dan DIB.
RUMUSAN
Kesimpulannya,berdasarkan kajian yang kami jalankan,kami dapati pelajar di Politeknik Nilai,Negeri Sembilan majoritinya sangat bersetuju dengan soalan yang kami berikan iaitu 37.3% daripada 30 responden sebanyak 30 soalan.Peratus bagi setuju sebanyak 35.3%,tidak setuju pula 16.4% dan sangat tidak bersetuju sebanyak 11%.Ini menunjukkan bahawa pelajar di Politeknik Nilai sememangnya mempunyai pengetahuan yang agak luas tentang sejarah pembentukan Malaysia.Pelajar Politeknik Nilai turut mempunyai pendapat yang relavan dan matang akan sejarah berkaitan gagasan pembentukan Malaysia.Ternyata hanya segelintir sahaja pelajar yang kurang pengetahuan akan sejarah pembentukan Malaysia.Oleh itu,kajian yang kami lakukan mendapati pelbagai rintangan yang dihadapi semasa proses pembentukan Malaysia dan kesungguhan para pemimpin telah berjaya mengatasi segala kepincangan tersebut.